e-Pendidikan Islam

Subscribe:

Ads 468x60px

Rakan Facebook

Powered by Textbook Widget

Anda Muflis?

"Kecelakaanlah bagi setiap pengumpat lagi pencela.Yang mengumpulkan harta dan menghitung-hitung.Dia mengira bahwa hartanya itu dapat mengkekalkannya.Sekali-kali tidak! Sesungguhnya dia benar-benar akan dilemparkan ke dalam Huthamah. Dan tahukah kamu apa Huthamah itu?. (iaitu) api (yang disediakan) Allah yang dinyalakan.Yang (membakar) sampai ke hati. Sesungguhnya api itu ditutup rapat atas mereka, (sedang mereka itu) diikat pada tiang-tiang yang panjang "
Surah Humazah : Ayat 1-9
Tafsiran Ringkas :
Dalam ayat ini, Allah SWT mengutuk perbuatan jahat iaitu menyebarkan fitnah, bercakap ataupun mengisyaratkan perkara yang jahat sama ada terhadap seorang lelaki atau perempuan dengan kata-kata ataupun secara isyarat, atau perangai, atau secara mengajuk-ajuk, ataupun sindiran atau caci maki.Ayat di atas juga melarang kita bersifat kedekut.
Dalam Islam kata-kata kotor, makian serta, umpatan, ucapan menghina merupakan satu perkara yang sangat tercela dan dilarang. Sesungguhnya segala sumber kata-kata kotor atau nista itu timbul daripada watak yang rendah dan jiwa yang hina. Ada beberapa faktor yang mendorong mereka melakukan perbuatan keji tersebut :
1. Takut persaingan
.2. Cemburu dengan kejayaan dan kelebihan orang lain.
3. Enggan mengakui kelemahan diri.
Jelas orang yang suka mengumpat, mengeji, mengata, menfitnah itulah orang yang tidak sehebat mana dan takut bersaing di medan perjuangan terbuka. Tiada kekuatan. Tiada matlamat hidup. Tiada iman. Tiada adab. Tiada kasih sayang. Berjiwa gersang. Mereka menipu diri mereka sendiri. Mereka tidak mendapat keuntungan walau sedikit pun.
Bukankan Rasulullah contoh ikutan yang baik. Baginda tidak marah, mengutuk, berkata kasar, mengeji, memaki hamun terhadap golongan yang tidak menyokong malah menentang baginda. Tetap memaafkan, mendoakan, tetap bermanis muka walaupun dihina oleh yang memusuhinya. Daripada Abu Darda r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
Aku memohon kepada Rasulullah SAW: " Wahai Rasulullah, doakanlah (kecelakaan) bagi orang-orang musyrik" . Rasulullah menjawab : " Sesungguhnya aku diutus bukan untuk melaknat (mengutuk), tetapi aku diutuskan untuk memberi rahmat. "
Dalam riwayat yang lain : (Pada satu hari) Nabi saw bertanya kepada para sahabat : Tahukah kamu siapakah orang yang muflis ? Sahabat menjawab : Orang yang muflis di kalangan kami ialah orang yang tidak memiliki wang dan juga tidak mempunyai harta. Lalu Nabi saw bersabda : Sebenarnya orang yang muflis di kalangan umatku ialah orang yang datang pada hari Qiamat dengan membawa pahala sembahyang, puasa dan zakat, tetapi semasa di dunia dia pernah memaki sifulan, menumpahkan darah sifulan dan pernah memukul sifulan. Maka akan diberikan kepada orang yang teraniaya itu daripada pahala kebaikan orang tadi dan begitulah seterusnya terhadap orang lain yang pernah dianiayainya sehingga apabila telah habis pahalanya sedangkan bebanan dosa penganiyaan belum lagi habis, maka akan diambil daripada kesalahan orang yang teraniaya itu lalu dibebankan kepada orang tersebut, sehinggalah ia dicampak ke dalam api neraka. (Hadis riwayat Muslim).
Jangan jadi orang yang muflis.