e-Pendidikan Islam

Subscribe:

Ads 468x60px

Rakan Facebook

Powered by Textbook Widget

Dunia : Hiburan Dan Permainan

Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari akhirat).Al-Ankabut: Ayat 64
Tafsiran Ringkas :

Ayat di atas mengajak kita mengutamakan kehidupan akhirat, kerana ia adalah merupakan kehidupan yang sebenarnya. Dunia di letakkan sebagai nombor dua di belakang akhirat.
Terfikir juga oleh saya jika kehidupan ini di umpamakan seperti "permainan" atau "game" maka untuk menjadikan permainan itu berjalan lancar,teratur dan menghiburkan pasti ada tiga unsur penting yang perlu diberi penekanan :

1. Mematuhi peraturan.
2. Bersungguh-sungguh dan seronok dalam permainan.
3. Mempunyai sasaran/matlamat.
Jika tiga unsur itu diabaikan, apa maknanya sebuah permainan, lihat sahaja permainan bolasepak yang pemainnya berlaku kasar pasti akan dilayangkan kad kuning dan lebih malang akan dikenakan kad merah dan dibuang padang. Tidak bermakna juga jika mematuhi peraturan tetapi tidak bersungguh-sungguh dan sambil lewa. Tidak akan terwujud permainan yang menghiburkan dan malah membosankan. Sesuatu permaianan juga perlu ada sasaran yang ingin di capai barulah kesungguhan dapat dilahirkan. Sungguh malang pemain bola sepak langsung tidak berminat menjaringkan gol, hanya berlegar-legar di tengah padang.
Begitu juga dengan kehidupan ini, kita perlu mematuhi peraturan dan berasa seronok beribadah kepada Allah. Akhirnya kita merasa terhibur dengan kehidupan ini dan merasa tenang serta bahagia sepanjang masa walau kita menghadapi ujian yang amat berat dan tidak tertanggungkan. Keredhaan Allah adalah menjadi matlamat kehidupan kita.
Maka patuhilah perintah Allah dan bersungguh-sungguh untuk mencapai redha-NYA. Insya-Allah kejayaan adalah milik kita.