e-Pendidikan Islam

Subscribe:

Ads 468x60px

Rakan Facebook

Powered by Textbook Widget

Ahli Perniagaan Yang Berjaya

Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian. Surah Al-Fatir Ayat 29.
Tafsiran Ringkas :
Ayat di atas mengajak kita selalu membaca dan menghayati kitab Allah iaitu Al-Quran yang menjadi panduan dan petunjuk kehidupan manusia supaya sentiasa berada di landasan kehidupan yang sebenar. Lurus dan diredhai Allah. Kedua,tetap melakukan solat walau dalam keadaan susah atau senang, sihat atau sakit, sebuk atau lapang kerana merasa kekerdilan diri sebagai makhluk di depan khaliknya. Sambil berharap dan berdoa. Ketiga, mendermakan sebahagian harta ke jalan Allah dengan penuh keikhlasan, jauh dari perasaan riak, menunjuk-nunjuk atau ingin sesuatu balasan.Semasa melayari internet untuk membaca akhbar secara atas talian, mencari bahan untuk pengajaran dan pembelajaran, membaca artikel-artikel, secara sengaja atau tidak sengaja, disedari atau tidak disedari sebenarnya kita terlibat dengan dunia perniagaan secara langsung atau tidak langsung.
Kebanyakan laman web atau blog yang kita layari ada unsur-unsur perniagaan di dalamnya. Ada iklan, ada transaksi, ada petunjuk jalan untuk mendapatkan wang malah ada tawaran untuk bergelar jutawan dengan mudah dengan usaha yang sedikit.Jika di sebut perniagaan kebanyakan kita berfikir dan berkira-kira tentang keuntungan yang bakal diraih. Amat sedikit yang berfikir tentang risiko kerugian yang bakal di hadapi. Tetapi pada hakikatnya perniagaan pasti ada untung ruginya. Tapi seboleh-boleh peniaga akan cuba mengurangkan kos dan memaksimakankan keuntungan. Kerugian bukan tujuan atau matlamat sesuatu perniagaan.
Jadilah "ahli perniagaan" yang berjaya dengan memberikan perhatian kepada 3 perkara pokok:
1. Pelajari "ilmu perniagaan" iaitu Al-Quran.
2. Mendapat pulangan modal pokok dengan mendirikan solat lima waktu.
3. Meraih keuntungan berlipat kali ganda iaitu dengan membelanjakan harta ke jalan Allah
Jangan tunggu lagi Setiap dari kita berpotensi menjadi " ahli perniagaan" yang berjaya, menjana keuntungan berlipat kali ganda. Jangan lepaskan peluang ini. Hidup hanya sekali.