e-Pendidikan Islam

Subscribe:

Ads 468x60px

Rakan Facebook

Powered by Textbook Widget

Manusia Dan Binatang Ternak

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk Neraka Jahannam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai. Surah Al-A'raf : Ayat 179
Tafsiran Ringkas :
Ayat di atas mengkhabarkan kepada kita bahawa suatu tempat yang bernama Neraka Jahannam itu akan dihuni oleh ramai dari golongan jin dan manusia yang enggan memahami ayat-ayat Allah walaupun diberi hati. Kitab Al-Quran tidak menjadi lebih utama dari majalah hiburan. Ayat-ayat Al-Quran hanya menjadi penghias dinding, tanpa diambil peduli tentang tuntutannya. Kedua, manusia di beri sepasang mata tetapi enggan melihat dan memikirkan tentang kekuasaan Allah. Melihat gunung sekadar gunung yang terpacak indah. Melihat matahari sekadar matahari yang setiap pagi terbit yang menyinari alam ini. Sekadar itu tanpa mahu pergi jauh mengenal penciptannya. Ketiga, manusia diberi sepasang telinga untuk mendengar tetapi enggan mendengar nasihat dan ajaran yang baik. Senang mendengar muzik yang menghayalkan, tetapi sakit jiwa mendengar ayat-ayat Allah. Senang menonton rancangan gosip-gosip artis di televisyen dan cepat-cepat mengalihkan siaran apabila rancangan berbentuk agama disiarkan.Saya suka melihat ayat itu dari sudut lain, iaitu potensi yang diberi oleh Allah kepada manusia supaya menjadi manusia yang berjaya. Kejayaan dalam pelbagai bidang termasuk dalam bidang pendidikan bergantung sejauh mana manusia itu boleh mengunakan tiga unsur iaitu :
1. Hati.
2. Penglihatan
3. Pendengaran.
Kegagalan kita menggunakan tiga anugerah itu dengan sebaik mungkin akan akan mengakibatkan kita akan tergolong orang yang lalai dan lebih malang kita dikelaskan sama binatang, bukan binatang buas tetapi binatang ternak.
Cuba lihat sahaja keadaan binatang ternak itu , hidupnya terkurung, hidup di sekitaran yang sempit, memakan apa yang diberikan sahaja. Makan, minum dan membuang najis di tempat yang sama. Jadi jangan memalukan nama dan darjat manusia yang diciptakan dengan sebaik-baik kejadian, dicipta untuk menjadi khalifah di muka bumi ini.
Jangan jadi seperti binatang ternak yang hidupnya untuk makan, minum, tidur dan syahwat sahaja. Memalukan.