e-Pendidikan Islam

Subscribe:

Ads 468x60px

Rakan Facebook

Powered by Textbook Widget

Berkata Baik Atau Diam

Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah Telah membuat perumpamaan kalimat yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit, Pohon itu memberikan buahnya pada setiap musim dengan seizin Tuhannya. Allah membuat perumpamaan-perumpamaan itu untuk manusia supaya mereka selalu ingat. Dan perumpamaan kalimat yang buruk seperti pohon yang buruk, yang Telah dicabut dengan akar-akarnya dari permukaan bumi; tidak dapat tetap (tegak) sedikitpun.
Surah Ibrahim: Ayat 24-26
Tafsiran Ringkas :

Ayat di atas mengajak kita untuk mengucapkan kata-kata yang baik sahaja. Kata-kata yang buruk tidak diucap. Kata-kata yang baik termasuklah kalimah tauhid, memuji kebesaran Allah dan segala ucapan yang menyeru kepada kebaikan dan mencegah perkara mungkar.Kata-kata yang buruk termasuklah kalimah yang membawa maksud syirik, kufur, fitnah, mengumpat dan segala perkataan yang tidak benar yang menjuruskan kepada kerosakan dan perpecahan lagi sia-sia.
Tentu berbeza jika di buat perbandingan dua batang pohon yang satunya hidup subur kerana dijaga dan dibaja. Rendang dan mengeluarkan buah yang lebat. Manakala yang satu lagi terbiar, tercabut akarnya, layu dan kering. Begitulah diumpamakan di antara kata-kata yang baik dengan kata-kata yang buruk.
Jadi tanamlah seberapa banyak pohon dan jaga dan bajalah ia, yang akhirnya akan tumbuh subur hijau sejuk mata memandang, rendang menjadi tempat berteduh dan menghasilkan buah yang lebat yang boleh dirasai oleh diri sendiri, isteri, anak-anak, saudara mara, jiran dan rakan-rakan. Malah haiwan juga merasainya.

Jika tidak mempunyai kebun untuk menanam pohon-pohon maka berkatalah yang baik-baik, berzikir mengingati Allah, mengajar tentang Islam , nasihat-menasihati dengan mengajak kepada kebaikan serta menegah kemungkaran, menulis buku yang mempunyai faedah , berdakwah di internet seperti blog. Jangan biar masa pergi sia-sia.
Berkatalah yang baik atau diam.