Setelah berkampung selama dua hari di Felda Residence, Tanjung Leman, Mersing Johor dalam usaha perkongsian ilmu melalui Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP), anjuran SM Sains Kota Tinggi pada 21 dan 22 September 2012, saya bergegas ke Hotel Equatorial, Bangi, Selangor untuk memenuhi jemputan syarikat penerbitan Melayu yang terkemuka iaitu Aras Mega (M) Sdn. Bhd, sempena sambutan ulang tahun ke 25 tahun syarikat itu ditubuhkan dan pelancaran majalah berkonsepkan Islam terbaharu keluaran syarikat tersebut iaitu "Inilah Islam" yang akan berada di pasaran tidak lama lagi (semperna sanbutan Maal Hijrah). Jemputan tersebut atas dasar saya adalah seorang panel penulis atau kolumnis tetap majalah tersebut.Saya terharu dan berbesar hati menghadiri majlis tersebut yang menghimpunkan ulama dan ilmuan terkemuka negara serta kakitangan syarikat Aras Mega (M) Sdn Bhd yang tekun dan berdedikasi. Walaupun terharu dan berasa rendah diri kerana dipilih menjadi kolumnis majalah ini di samping penulis-penulis yang lebih berpengalaman, hebat dan terkemuka, Insya-Allah saya akan menulis sebaik mungkin untuk majalah "Inilah Islam" sebagai satu wadah dakwah kepada umat Islam di negara ini. Semoga Allah memberi kekuatan kepada saya.
Pelancaran Majalah " Inilah Islam "
Setelah berkampung selama dua hari di Felda Residence, Tanjung Leman, Mersing Johor dalam usaha perkongsian ilmu melalui Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP), anjuran SM Sains Kota Tinggi pada 21 dan 22 September 2012, saya bergegas ke Hotel Equatorial, Bangi, Selangor untuk memenuhi jemputan syarikat penerbitan Melayu yang terkemuka iaitu Aras Mega (M) Sdn. Bhd, sempena sambutan ulang tahun ke 25 tahun syarikat itu ditubuhkan dan pelancaran majalah berkonsepkan Islam terbaharu keluaran syarikat tersebut iaitu "Inilah Islam" yang akan berada di pasaran tidak lama lagi (semperna sanbutan Maal Hijrah). Jemputan tersebut atas dasar saya adalah seorang panel penulis atau kolumnis tetap majalah tersebut.Saya terharu dan berbesar hati menghadiri majlis tersebut yang menghimpunkan ulama dan ilmuan terkemuka negara serta kakitangan syarikat Aras Mega (M) Sdn Bhd yang tekun dan berdedikasi. Walaupun terharu dan berasa rendah diri kerana dipilih menjadi kolumnis majalah ini di samping penulis-penulis yang lebih berpengalaman, hebat dan terkemuka, Insya-Allah saya akan menulis sebaik mungkin untuk majalah "Inilah Islam" sebagai satu wadah dakwah kepada umat Islam di negara ini. Semoga Allah memberi kekuatan kepada saya.
Modul Pentaksiran SPM Pendidikan Islam 2012
Penulis : Ustaz Roslan bin Yasnain
Penerbit : Penerbitan Ilmu Bakti Sdn. Bhd.
Modul Pentaksiran PMR Pendidikan Islam 2012
Tajuk : Modul Pentaksiran PMR Pendidikan Islam 2012Penulis : Ustaz Roslan bin Yasnain
Penerbit : Penerbitan Ilmu Bakti Sdn. Bhd.
Kertas Model Skor A+ SPM 2012
Tajuk : Kertas Model Skor A+ Pendidikan Islam SPM 2012Penulis : Ustaz Roslan bin Yasnain
Penerbit : Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
14 Sekolah Lagi Terima Pengiktirafan SBT
Beliau berkata, SBT dilaksanakan dalam usaha mengangkat kualiti sekolah yang terbaik dengan cara meningkatkan kualiti pencapaian institusi pendidikan menerusi peningkatan tahap autonomi dan akauntabiliti, di samping membenarkan ia melaksanakan inovasi dalam pengurusan masing-masing. “Program itu juga bermatlamat untuk menghasilkan pelajar holistik yang cemerlang dengan menjadikan SBT sebagai tempat melatih murid cemerlang bertaraf antarabangsa di samping menjadi personaliti unggul dalam semua bidang,” katanya. Sepuluh sekolah rendah dan empat sekolah menengah yang menerima pengiktirafan SBT hari ini ialah SK(P) Sultan Ibrahim, Johor Baharu; SK Infant Jesus Convent, Johor Baharu; SK Ibrahim, Sungai Petani, Kedah; SK Sultan Sulaiman 1, Kuala Terengganu; SK Tengku Mahmud, Besut, Terengganu; SK Assunta Convent, Kuantan, Pahang; SK Minden Height, Pulau Pinang; SJKC Kwang Hwa, Pulau Pinang; SJKC Keat Hwa (H) Alor Setar, Kedah; SJKC Foon Yew 2 Johor Baharu, Johor; SM Sains Sultan Mohamad Jiwa, Sungai Petani, Kedah; SM Sains Tuanku Jaafar, Kuala Pilah, Negeri Sembilan; SM Sains Kota Tinggi, Kota Tinggi, Johor; dan SM Sains Johor, Kluang, Johor. - BERNAMA
Kompilasi Kertas PMR - Bahasa Arab
Tajuk Buku : Kompilasi Kertas Peperiksaan PMRSubjek : Bahasa Arab
Penulis : Roslan Yasnain (Penyedia Cadangan Jawapan)
Penerbit : Inspirasi Ilmu dan Yayasan Guru Malaysia
Harga : RM 5.90
Pos Ekspres : RM 4.50
Pertanyaan : i.mantop@yahoo.com
No. h/phon : 014-2104905
Kompilasi Kertas PMR - Pendidikan Islam
Tajuk Buku : Kompilasi Soalan PMRSubjek : Pendidikan Islam.
Penulis : Roslan Yasnain (Penyedia Cadangan Jawapan)
Penerbit : Inspirasi Ilmu dan Yayasan Guru Malaysia
Harga : RM 5.30
Pos Ekspres : RM 4.50
Pertanyaan : i.mantop@yahoo.com
No. h/phon : 014-2104905
Modul Ramalan SPM
Tajuk Buku : Modul Ramalan SPM
Subjek : Pendidikan Islam.
Penulis : Roslan Yasnain
Penerbit : Penerbit Ilmu Bakti
Harga : RM 5.50
Pos Ekspres : RM 4.50
Pertanyaan : i.mantop@yahoo.com
No. h/phon : 014-2104905
Referens Ekspres SPM
Tajuk Buku : Rerferens Ekspress SPM
Subjek : Pendidikan Islam.
Penulis : Mohd Zaki Yusuff Dan Roslan Yasnain
Penerbit : Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Harga : RM 10.95
Pos Ekspres : RM 4.50
Pertanyaan : i.mantop@yahoo.com
No. h/phon : 014-2104905
Skor A+ Pendidikan Islam SPM
Tajuk Buku : Rerferens Ekspress SPMSubjek : Pendidikan Islam.
Penulis : Mohd Zaki Yusuff Dan Roslan Yasnain
Penerbit : Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Harga : RM 5.65
Pos Ekspres : RM 4.50
Pertanyaan : i.mantop@yahoo.com
No. h/phon : 014-2104905
Adab-Adab Menuntut Ilmu
1. IKHLAS NIAT Kewajipan ke atas setiap muslim di dalam memastikan niat ketika menuntut ilmu ikhlas kerana Allah dan bukannya untuk mencari habuan dunia yang sementara kerana Rasulullah S.A.W pernah memberi amaran yang mana Allah akan menyediakan tempat di dalam neraka bagi mereka yang menuntut ilmu untuk kesenangan dunia semata-mata tanpa memikirkan maslahat Islam dan ummatnya. Memang agak susah untuk ikhlas di dalam belajar tetapi kita mesti terus berusaha ke arahnya. Kita yang berada dalam sistem sekular yang mementingkan material menyebabkan kita terlupa bahawa ilmu yang dipelajari bukan untuk mendapatkan tempat dan kedudukan serta kerja tetapi adalah untuk menjauhkan kita daripada kejahilan yang mana dengan ini mampu menjadi perisai diri di dalam melawan arus kesesatan dan seterusnya membawa perubahan kepada keislaman. Jadikanlah diri kita sebagaimana padi yang mana semakin semakin berisi semakin tunduk ke bumi kerana rendah diri. Jangan jadi sebagaimana lalang yang tinggi semakin mendongak ke langit kerana sombong. Ingatlah bahawa orang yang benar ikhlas dalam menuntut ilmu sahaja yang mampu memiliki sifat terpuji termasuk merendah diri. Maksud firman Allah dalam ayat 235 surah al-Baqarah :.........Dan ketahuilah bahawa Allah mengetahui apa yang tersemat dalam hatimu maka takutlah kepadaNya dan ketahuilah bahawa Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Ingatlah bahawa setiap orang akan binasa melainkan orang yang berilmu, setiap orang yang berilmu akan binasa melainkan orang yang beramal dan setiap orang yang beramal akan binasa melainkan orang yang benar-benar ikhlas. 2. TEKUN BERUSAHA DAN TAWAKKAL Sentiasa bersungguh-sungguh dalam pembelajaran tanpa menurut keadaan dan masa dengan menghindari perasaan malas dan mudah jemu dengan buku pengajian. Ini dapat diatasi dengan membaca nota atau buku-buku yang kecil dan ringan atau mendengar kaset ceramah agama yang berbahasa Melayu dan sebaiknya berbahasa Arab.Perkara ini mampu melembut hati kita kerana sesiapa yang menjauhi nasihat ataupun tazkirah diri ditakuti Allah akan mengeraskan hatinya sebagaimana firman Allah dalam ayat 5 surah as-Sof yang bermaksud : Dan ingatlah ketika mana nabi Musa berkata kepada kaumnya :"Wahai kaumku! Mengapa kamu menyakitiku sedangkan kamu mengetahui bahawa aku ini adalah utusan Allah kepadamu?". Maka tatkala mereka buat endah tak endah sahaja lalu Allah memalingkan hati mereka dan Allah tidak memberi petunjuk kerpada kaum yang fasik. Ayat ini walaupun menceritakan umat nabi Musa tetapi peringatannya terus kekal hingga sekarang untuk kita sama-sama ambil iktibar dan pengajaran daripadanya. Kita juga hendaklah mewujudkan suasana sekeliling terutama di rumah dengan budaya ilmu bukannya budaya yang dipenuhi dengan cara mewah dan kesenangan serta hiburan yang boleh menghilangkan perasaan semangat untuk menambah ilmu dan pengetahuan.Kita hendaklah mencontohi ulama'-ulama' silam yang mana mereka belajar dalam keadaan susah tetapi tekun yang mana mereka sentiasa berada dalam suasana belajar bukannya mewah dan penuh kesenangan yang menyebabkan hilangnya perasaan bersungguh untuk belajar.Disamping itu kita mestilah bertawakkal kepada Allah agar kejayaan diimpikan akan menjadi milik kita.Tawakkal yang dilakukan mestilah mencukupi syaratnya iaitu berusaha, tekun, yakin, tidak mudah putus asa dan menyerah natijah ataupun keputusan kepada Allah sepenuh hati. 3. MENJAUHI MAKSIAT Kita mestilah menghidupkan budaya amar ma’ruf dan nahi munkar dalam diri dan suasana sekeliling mengikut kemampuan yang ada. Sesungguhnya ilmu itu adalah nur yang suci yang mana ia tidak dapat kita perolehi jika diri kita sentiasa disaluti dengan najis-najis dosa. Cubalah sedaya yang mungkin di dalam menghindari kehendak nafsu kita dengan menutup segala jalan menuju ke arahnya.Jangan sekali-kali kita membuka jalan kepada maksiat untuk bertapak di hati kita. Jangan terlalu mengambil mudah dan endah tak endah sahaja terhadap perkara maksiat ini yang mana ia boleh menjerumuskan kita kepada maksiat yang lebih besar lagi. Di zaman sekarang ramai orang memandang maksiat yang kecil seperti maksiat mata, mulut, telinga, tangan(internet ataupun tulisan) serta pergaulan antara lelaki dan perempuan yang halal berkahwin hanya suatu perkara yang biasa dan dirasakan ia bukannnya maksiat dan mereka hanya menganggap hanya dosa besar seperti berzina, mencuri, memukul orang dan lain-lain lagi sahaja sebagai maksiat. Dosa yang kecil jika dibuat berterusan akan menjadi dosa besar. 4. MEMILIH TEMAN YANG SOLEH Pilihlah teman yang mampu membawa kita ke arah kebaikan dan cubalah hidupkan budaya nasihat menasihati antara satu sama lain di dalam rumah kita sendiri samada berbentuk rasmi seperti diskusi kitab atau melalui perbincangan yang tidak rasmi setiap hari.Loqman Al-Hakim pernah berpesan kepada anaknya supaya sentiasa bersama orang alim dan soleh serta menghadiri majlis ilmu kerana apabila Allah menurunkan keberkatan kita turut sama memperolehinya. Disamping itu apabila kita sentiasa bersama orang soleh akan menasihati kita ke arah kebaikan serta menegur kita apabila berlakunya kesilapan dan kesalahan. Ini kan mematangkan lagi diri kita disamping menambahkan lagi semangat kita dalam belajar. Ini bukan bermakna kita diminta menjauhi mereka yang tidak soleh sebaliknya kita diminta berdakwah kepada mereka setakat kemampuan yang ada dan jangan pula kita yang terpengaruh dengan cara hidup mereka. Ingatlah firman Allah dalam surah Al-Zukhruf ayat 67 yang bermaksud :Teman-teman yang rapat pada hari itu sebahagiannya menjadi musuh kepada sebahagian yang lain kecuali mereka yang bertaqwa. Rasulullah S.A.W pernah berpesan kepada kita melalui hadis yang diriwayatkan oleh imam Tarmizi dan Abu Daud : Seseorang itu mengikut agama sahabat temannya. Maka hendaklah seseorang itu memerhati siapakah yang dijadikan teman. 5. BANYAKKAN ZIKRULLAH Pastikan kita sentiasa solat lima waktu secara berjemaah dan mengamalkan wirid serta doa selepas solat walaupun ringkas kerana ulama’ sufi begitu menitik beratkan perkara wirid ini kerana ia boleh menghidupkan hati yang mati dan ia juga boleh mendatangkan perasaan ingin memusabahkan diri dengan amalan seharian. Tanpa wirid yang ma’thur selepas solat boleh menyebabkan perasaan zikrullah agak berkurangan dan ia boleh mendatangkan perasaan memudahkan segala kewajipan yang telah diperintahkan oleh Rabbul ‘Izzati. Jangan ajar diri kita melengah-lengahkan solat lima waktu kerana ia akhirnya mampu membawa diri kita ke arah mengabaikan solat. Bacalah Al-Quran sekurang-kurangnya sehelai setiap hari kerana ia merupakan ibu segala ubat. Hidupkan amalan-amalan sunat dalam setiap gerak kerja kita seharian kerana hidup yang sentiasa dihiasi dengannya akan sentiasa diberkati dan diredhai oleh Allah dan makhluk-Nya. 6. MENJAGA KEHORMATANKita wajib menjaga kehormatan diri sendiri dan juga orang lain. Tutup segala ke'aiban diri dan orang lain kerana ia membawa kepada keredhaan Allah dan manusia lain kepada diri kita.Hanya orang yang mana kehidupannya dicucuri dengan keredhaan dan rahmat Allah sahaja yang mampu merasakan kebahagian di dalam kehidupan seharian. Manakala mereka yang jauh daripada rahmat Allah, hidup mereka dipenuhi dengan perkara yang kurang baik dan derita. Jangan sekali-kali menyakiti hati orang lain kerana doa orang yang dizalimi adalah lebih bahaya daripada panah malam.Firman Allah dalam ayat 12 surah Al-Hujurat yang bermaksud : Wahai orang-orang yang beriman! jauhilah kebanyakan perasaan prasangka, sesungguhnya sebahagian daripada prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari kesalahan orang lain dan janganlah pula sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Adakah salah seorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati?. Maka sudah tentu kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang. 7. DOA DAN KEREDHAAN IBUBAPA Kita hendaklah sentiasa menjaga perasaan kedua ibubapa kita dan menghormati mereka dalam perkara yang tidak menyalahi syariat Islam. Sentiasa berhubung dengan mereka dan mengambil berat tentang keadaan keduanya serta mendoakan kebahagian mereka di dunia dan akhirat. Kita juga hendaklah sentiasa meminta agar mereka meredhai kita dan mendoakan kejayaan kita. Ingatlah bahawa keredhaan Allah bergantung kepada keredhaan ibubapa terhadap kita. Firman Allah dalam ayat 23 hingga 24 surah al-Isra' yang bermaksud : Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu tidak menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang daripada keduanya ataupun kedua-duanya telah lanjut usia mereka dalam jagaan kamu, maka jangan sekali-kali kamu mengherdik kepada keduanya dengan perkataan "uf" dan janganlah kamu menghertak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang baik. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kasih sayang dan ucaplah : " Wahai Tuhanku! kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka berdua telah mendidikku semasa kecil". 8. MENGHORMATI GURU Kita juga wajib menghormati guru dan mematuhi segala arahannya selagi mana tidak menyalahi kehendak Islam. Kita mesti patuh kepadanya walaupun fikrah atau pendapat kita berbeza. Kita pernah mendengar bagaimana imam As-Syafi'e walaupun berijtihad bahawa qunut di dalam solat Subuh sunat ab'adh(kena sujud sahwi jika tidak melakukannya) tetapi dia tidak melakukannya apabila mendirikan solat itu berhampiran maqam gurunya imam Malik kerana menghormati gurunya. Bagaimana dengan kita? Sesungguhnya ulama' silam begitu menitik beratkan masalah keberkatan ilmu, sedangkan kita hari ini tidak lagi mengendahkan perkara ini. Ini menyebabkan timbulnya pelbagai masalah terutama keruntuhan akhlak di kalangan remaja.Guru janganlah dianggap sebagai guru di sekolah, universiti atau di tempat pengajian sahaja tetapi kita mestilah menganggap bahawa dia pengajar dan secara langsung sebagai pendidik yang mesti dihormati walaupun di mana berada.Cubalah kita fikir dan renungi bersama tentang dua keadaan berbeza antara pelajar dulu dan sekarang mengenai pandangan dan penghormatan mereka terhadap guru. Tanpa ada keserasian dan kasih sayang yang wujud antara guru dan pelajar tidak memungkinkan berlakunya ketenteraman dalam kehidupan seharian.Oleh itu marilah kita sama-sama membina kembali keutuhan dan mahabbah antara guru dan pelajar agar ia mampu menyinarkan kembali suasana harmoni serta menghindari perkara negatif dalam kehidupan. 9. BERAMAL DENGAN SEGALA ILMU YANG DIPEROLEHI Kita mengamalkan segala ilmu yang dipelajari setakat mana yang termampu oleh kita. Ulama' silam sentiasa mengingatkan kita bahawa orang yang berilmu dan tidak beramal dengan ilmunya akan dihumban ke dalam api neraka lebih dahulu daripada penyembah berhala. Jadikanlah ilmu yang dipelajari sebagai benteng daripada terjerumus ke kancah maksiat dan jadikanlah juga ia sebagai senjata di dalam mematahkan serangan musuh Islam serta jadikankanlah ia sebagai ubat yang mujarab di dalam menyembuhkan penyakit jahil dan batil di dalam masyarakat. Jangan jadikan ia sebagai barangan jualan untuk mengejar kekayaan dunia yang sementara. Berapa ramaikah yang telah dihinakan oleh Allah kerana melacurkan ilmu semata-mata untuk mengaut kemewahan dunia.Inilah merupakan antara sebab atau punca yang menyebabkan umat Islam terus mundur.Berapa ramaikah mereka yang belajar tentang al-Quran dan Hadis tetapi mereka dilaknat oleh keduanya kerana tidak merealisasikan segala apa yang dipelajari.Oleh itu kita mestilah beringat dan berhati-hati mengenai perkara ini demi kebahagian kita di dunia yang sementara dan akhirat yang kekal selamanya. Begitu mudah untuk memberi nasihat dan tazkirah tetapi begitu sukar untuk mengota dan merealisasikannya dalam kehidupan. Tanpa usaha yang bersungguh- sungguh, kita tidak mampu melaksanakannya.Samalah kita sama-sama menghayati firman Allah dalam ayat 2 hingga 3 surah as-Sof yang bermaksud :Wahai orang-orang yang beriman! mengapa kamu mengatakan apa yang kamu tidak kotakan? Amat besar kebencian Allah di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa yang tidak kamu kotakan.Tangis Dan Tawa
"Dan bahawasanya Dia-lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis."(Surah :An-Najm : ayat 43) Tafsiran Ringkas: Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangisan, serta menciptakan sebab tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumbernya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil, namun ia tidak pernah kering, ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti? Jika air mata itu ditampung banjirlah dunia ini.
Menangis ada yang tercela dan terpuji. Ada tangisan yang sangat dicela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian. Ada pula tangisan sangat-sangat dipuji dan dituntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah.
Tangisan dapat memadamkan api neraka. Rasulullah saw bersabda: Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan dikotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan dirahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tidak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka."
Air mata taubat Nabi Adam a.s Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendongak ke langit kerana tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan. Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir.
Air mata yang tiada di tuntut:
1) Janganlah menangis kalau tidak tercapai cita-cita. Bukankah Tuhan yang telah menentukannya.2. Janganlah menangis kerana cinta tidak berbalas, mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan. 3)Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan.4. Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah buat amalan.
Dari itu, simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik-bintik hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah S.W.T.
Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. telah mendengar seorang sahabat Baginda yang sedang membaca Al-Quran. Apabila sampai ke ayat yang bermaksud:
Nabi Muhammad s.a.w.:"Ada dua jenis titisan yang sangat-sangat dihargai Allah, Titisan air mata kerana takutkanNya dan titisan darah yang ditumpahkan kerana berjuang dijalanNya."Serulah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa-dosa dan moga-moga akan mendapat ampunan-Nya jua.Gelak ketawa dilarang Islam. Menurut pandangan Islam, bergelak tertawa adalah tidak baik dan makruh hukumnya jika berlebihan. Ibn Mas'ud meriwayatkan dari Auf bin Abdullah bahawa biasanya Rasulullah S.A.W. tidak tertawa melainkan senyum simpul dan tidak suka melerek, iaitu tidak menoleh, kecuali dengan semua wajahnya.
Maka itu seseorang yang sihat akal dilarang bergelak tertawa kerana mereka banyak bergelak ketawa di dunia akan banyak menangis di akhirat. Orang yang banyak menangis di dunia mereka akan banyak tertawa di syurga. Menurut Yahya bin Muaadz Ar-razi, ada empat perkara yang menghilangkan tertawa seseorang Mukmin :(1) Kerana memikirkan akhirat(2) Kesibukan mencari keperluan hidup(3) Risau memikirkan dosa(4) Apabila tibanya musibah dan bala.Menurut Islam, sesiapa yang meninggalkan bergelak tertawa akan mendapat darjat yang tinggi di sisi Allah. Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud: "Dan siapa yang meninggalkan senda gurau diberi wibawa dan keindahan, dan siapa yang meninggalkan tertawa, maka ia berwibawa dan hebat, dan siapa yang tidak menginginkan kekayaan orang maka ia dicintai." (Hadis Sahih).
Islam juga melarang seseorang melakukan sesuatu atau berkata sesuatu untuk mentertawakan orang lain atau menyebabkan orang lain tertawa.Contohnya ialah seperti berlawak jenaka di mana seseorang akan berlagak dan mengeluarkan kalimah yang menyebabkan orang lain tertawa. Menurut riwayat dari Ibrahim Annakhari beliau berkata: "Adakalanya seseorang mengeluarkan satu kalimah untuk mentertawakan orang di sekitarnya, maka Allah S.W.T. murka padanya lalu murka Allah itu merata kepada orang-orang yang di sekitarnya, yang tertawa bersamanya. Jika seseorang yang berkata kalimah yang direda oleh Allah, maka ia mendapat rahmat dan rahmat Allah itu diperolehi juga oleh orang di sekitarnya." Seseorang yang suka berlawak, berjenaka atau berolok-olok supaya orang lain tertawa, balasannya di akhirat ialah dimasukkan ke neraka "Wail''. Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud: "Neraka wail itu buat orang yang bercakap-cakap dengan berdusta dan berolok- olok supaya menimbulkan tertawa pada orang ramai, dan neraka wail itu untuk dia." (Hadis dikeluarkan oleh Imam yang tiga: Riwayat Bahaz bin Hakim).
Dalam Hadis itu Rasulullah S.A.W. mengulang kalimah "neraka wail itu untuk dia" sebanyak dua kali, membuktikan tegas dan kuatnya amaran terhadap orang yang suka bergelak tertawa dan berjenaka. Islam memberi peringatan bahawa semakin kuat hilai dan tertawa seseorang itu, semakin hampir iblis dan syaitan sambil tertawa berbahak-bahak menari-nari untuk melalaikan dia. Maka itu kita perlu awas daripada bergelak tertawa kerana perbuatan itu mengandungi lapan bahaya :-(1) Dicela oleh ulama dan orang yang sopan serta sempurna akal.(2) Memberanikan orang bodoh kepada kita.(3) Jika bodoh akan bertambah kebodohannya, jika alim akan berkurangan ilmunya kerana seorang alim yang tertawa bererti telah memuntahkan ilmunya(4) Melupakan dosa-dosa yang lalu.(5) Melupakan mati dan akhirat.(6) Berani berbuat dosa kerana apabila tertawa nescaya akan membekukan hati.(7) Menanggung dosa orang yang tertawa kerana tertawaan kita.(8) Akan banyak menangis di akhirat.Oleh itu marilah sama-sama kita muhasabah diri dan kembali bertaubat kepada Allah. Banyakkan menangis kerana Allah dari ketawa yang sia-sia .
Sederhana Takluki Dunia
" Hai anak Adam pakailah pakaianmu yang indah (setiap) memasuki masjid, makan dan minumlah, dan jangan berlebihan, sesungguhnya Allah tidak suka orang yang berlebih-lebihan". Surah Al-A'raf : ayat 31. Tafsiran Ringkas : Islam mengajarkan umatnya untuk hidup sederhana. Islam menganjurkan kesederhanaan dimulai dari hal-hal kecil berkaitan dengan kehidupan seharian kita. Cara berpakaian, makan dan minum. Ia sebagai satu latihan untuk kita bersederhana dalam perkara-perkara dan urusan-urusan yang lebih besar seperti cara berpolitik, menguruskan ekonomi dan cara beragama.Kesederhanaan adalah sesuatu yang asas, jika diterapkan, akan berfungsi sebagai kuasa yang akan mempengaruhi diri setiap dari kita , lambat laun, akan menmimpin kita untuk mempersepadukan nilai-nilai serta asas-asas kebaikan, yang akan memperkuat hubungan kita dengan Allah, sesama manusia dan makhluk yang lain .Kesederhanaan jika ia berdarah daging dalam diri kita akan berupaya untuk mengawal dan mengendalikan hawa nafsu serta mengelola emosi dengan baik. Mengendalikan emosi dan mengawal hawa nafsu memang bukan sekadar di bibir atau cakap-cakap kosong , tetapi memerlukan latihan dan kesungguhan dalam aplikasi sehari-hari. Paling tidak,saya dan anda tetap berusaha melatihnya seiring dengan proses hidup yang kita jalani. Mengendali hawa nafsu ini akan melahirkan kesan positif berupa kemampuan menentukan keutamaan, iaitu mendahulukan keperluan daripada keinginan. Sebagaimana anjuran Rasulullah " Sebaik-baik perkara adalah yang palin sederhana " hadis riwayat tarmizi. Kesederhanaan yang dimaksudkan Rasulullah ialah kesederhanaan dalam bentuk apa jua pekerjaan yang kita lakukan, samada berkaitan dunia mahupun akhirat. Kita perlu mengimbangi antara tuntutan dunia dan akhirat. Umat Islam tidak sewajarnya terlalu mengejar hal-hal kedunian sehingga melupakan bekalan untuk akhirat, ataupun sebaliknya mengutamakan akhirat sehingga tidak mahu memajukan dirinya sehingga ketinggalan dalam urusan keduniaan. Jika kita teliti dari ayat yang kita bincangkan, kita disarankan memakai pakaian yang cantik ketika beribadah kepada Allah, untuk membeli pakaian yang cantik kita perlu bekerja mencari rezeki dari sumber yang halal. Bukan hanya duduk berdoa menunggu rezeki turun dari langit. Begitu juga dengan dengan makanan, kita perlu berusaha untuk memperolehi makanan yang baik, lazat berkhasiat dan seimbang. Bukan menadah tangan mengharapkan belas kasihan orang lain. Penutup ayat itu memperingatkan kita supaya jangan berlebih-lebihan. Jika kita berpakaian jangan berlebih-lebihan sehingga datang rasa menunjuk-nunjuk dan bermegah-megah atau terlalu labuh hingga menyeret tanah. Begitu juga dengan makan dan minum, makan hanya sekadarnya untuk mengalas perut untuk menguatkan kita untuk bangun beribadah.Kesederhanaan boleh menyebabkan seseorang itu berfikir dengan matang, tenang dan memecahkan sebarang kebuntuan. Kesederhanaan juga boleh menyebabkan jiwa seseorang itu tenang justeru itulah sikap mudah hilang pertimbangan ini boleh membawa seseorang itu (ke neraka) kepada kebinasaan.Sikap melampau telah menyebabkan dunia bukan sahaja tidak aman, tetapi penuh kesengsaraan. Kerana itulah, melalui kesederhanaanlah keamanan sejagat mampu diraih dan dicipta. Keamanan adalah nikmat yang tidak ternilai harganya setelah setiap manusia berjuang mengekang sikap dan tindakan melampau yang ada dalam hati masing-masing. Baik kesederhanaan itu dalam aspek psikologi, strategi, politik, ekonomi ataupun kemasyarakatan, sebenarnya Islam sejak kemunculan pertamanya sudah membuktikan kesederhanaan peribadi Nabi Muhammad s.a.w telah menyebabkan baginda terus dinobatkan sebagai manusia yang paling besar mempengaruhi manusia di sepanjang sejarah. Berpesan seorang pemimpin "“Gerakan Kesederhanaan Sejagat akan menyelamatkan kita daripada tenggelam kepada kehancuran, terus berputus asa dan kehinaan. Sudah tiba masanya bagi kita mengamalkan kepemimpinan yang membawa harapan dan mengembalikan maruah serta martabat untuk semua ". Abu Burdah berkata: “Rasulullah mengutus ayahku iaitu Abu Musa dan Muaz ke Yaman, Nabi berkata: Mudahkanlah dan janganlah kamu menyukarkan, gembirakanlah dan jangan kamu menyusahkan dan bersatu padu kamu.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Dengan mengutamakan kesederhaanaan dalam kehidupan , ada beberapa keuntungan besar yang diperolehi:1. Selamat dari penyakit gila dunia, sombong, bakhil, riyak, ujub, mementingkan diri, pembaziran dan lain-lain penyakit mazmumah.
2. Kekayaan duniawi akan menjadi kepunyaan masyarakat sehingga setiap keperluan dan masalah orang miskin dan rakyat bawahan terbela, di samping terbangunnya tamadun Islam dengan pesat dan menyeluruh.Kita mesti bersungguh-sungguh dalam kehidupan. Hanya bangsa yang bersungguh-sungguh sahaja yang akan berjaya dalam matlamat perjuangan mereka. Bersungguh-sungguh dalam soal-soal duniawi dan juga bersungguh-sungguh dalam soal akhirat. Bersungguh-sungguh dengan dunia, biar sesuai dengan kecilnya dunia yang akan kita tinggalkan. Dan bersungguh-sungguh-sungguh dengan akhirat biar sesuai dengan besarnya akhirat dan abadinya kita disana. Sederhana juga bukan bermaksud mengambil jalan tengah antara dunia dan akhirat dengan mencampuraduk antara kebenaran dan kebatilan. Suatu ketika kita mendirikan solat dan ketika yang lain kita mengambil hak orang lain. Disuatu kita kita berpuasa berbuka dengan kurma dan susu di ketika yang lain kita meneguk arak dan memakan pil kuda. Di suatu ketika kita memegang sepanduk memperjuangkan Islam di ketika yang lain kita menghina dan memperlekehkan Islam. Di suatu ketika kita bernikah dan diketika yang lain kita berzina. Itulah fahaman salah mengenai kesederhanaan.Kalau kita menyusuri perjalanan hidup Rasulullah, sejak kecil sehinggalah saat wafatnya, ternyata Baginda tidak pernah mengecapi hidup mewah. Dalam segenap sudut kehidupan Baginda, sama ada cara berpakaian, perhiasan, dalam soal makanan dan sebagainya, berada di paksi kesederhanaan. Padahal Baginda memang mampu untuk hidup bermewah. Namun keimanan yang jitu di dada Baginda justeru mengalahkan segala-galanya. Sesungguhnya sifat ini adalah pakaian peribadi orang yang beriman sebagaimana sabda Baginda yang bermaksud:
“Tidakkah kalian mendengar? Tidakkah kalian mendengar? Sesungguhnya kesederhanaan itu sebahagian daripada iman!” (HR Abu Daud).Kesimpulannya, Kesederhanaan itu memiliki erti meminimakan sesuatu dari suatu sifat yang berkelebihan . Kesederhanaan meningkatkan kualiti gaya hidup dgan berjimat, menahan diri dari kemewahan,kemegahan dan pembaziran. Kesederhanaan menahan diri kita dari bertindak melampaui batas. Dengan kesederhanaan Islam tersebar ke seluruh pelusuk dunia walaupun dilebalkan sebahagai " Penganas". Dengan Kesederhaan kita menakluki dunia, tanpa kesederhanaan dunia akan menakluki kita.
Bersyukur Nikmat Bertambah
"Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah pedih"Surah Ibrahim : Ayat 7Tafsiran ringkas :Setiap detik kita menggunakan nikmat kurnian Allah, amat sedikit yang menyadarinya, apa lagi untuk mensyukuri akan kurnian itu. Kurnian Allah tidak terhitungkan “Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, niscaya kamu tak dapat menentukan jumlahnya."(Surah An-Nahl : 18). Adakah kita tergolong dari golongan yang bersyukur?. Allah menjelaskan " Tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur" (Surah Yusuf : 38) .Ingatlah, Allah mengurniakan nikmat kepada seluruh makhluk-Nya semata-mata untuk disyukuri, bukan untuk dikhianati. Sesungguhnya Allah pemberi nikmat sebenar yang menjanjikan tambahan nikmat kepada mereka yang bersyukur dan azab seksa amat pedih bagi mereka yang kufur.Mungkin sahaja selama ini kita menjalani kehidupan tanpa ada rasa syukur, atau rasa syukur yang amat sedikit. Manusia sering merasakan bahawa apa yang dimiliki adalah hasil usaha dan menjadi hak mutlak mereka. Kerana itu apabila sesuatu keinginan tidak dapat dicapai atau diperolehi kita mudah berasa kesal. Malah mungkin juga kecewa, lalu menyalahkan takdir dan mencari-cari kesalahan orang lain. Itu adalah akibat gersang rasa syukur dalam diri manusia.Syukur, inilah satu perasaan yang jarang melekat di hati kita. Malah kita kerap kali lupa dan alpa. Mulai sekarang, ketahuilah bahawa sebenarnya kita adalah orang yang sangat bertuah, baik dalam pelajaran, keluarga, ekonomi, politik mahupun dalam kehidupan sehari-hari. Maka sewajarnyalah untuk kita syukuri. Masih ragu?.Jika kita masih ada makanan untuk dikunyah dan tidur kekenyangan, pakaian cantik menutupi badan, tilam empuk untuk tidur, rumah untuk berlindung dari panas dan hujan, maka kita masih bertuah berbanding sebahagian penduduk dunia yang lain. Sebahagian mereka kebuluran dan tidak cukup makanan, pakaian yang koyak dan lusuh, tidur bertilam tanah, dan berlindung di mana sahaja kaki terhenti sama ada di bawah jambatan atau di bawah rimbunan pokok-pokok. Masih lagi kita enggan bersyukur?.Jika kita tidak pernah mengalami kesengsaraan kerana peperangan, masih dapat mengunjungi masjid dan mengamalkan amal ibadah tanpa rasa takut diancam, dicederakan atau dibunuh. Jika kita masih dapat hadir ke sekolah, kolej atau universiti, dapat membaca akhbar, majalah dan melayari internet. Maka kita masih bertuah dari sebahagian penduduk dunia yang lain. Sebahagian mereka hidup dalam ketakutan dan kesengsaraan. Sejuk dan kelaparan. Sukar beribadah secara terang-terangan. Anak-anak kecil tidak pernah kenal erti sekolah jauh sekali untuk membaca atau memegang komputer. Masih lagi kita enggan bersyukur?.Dalam Hadis Riwayat Tirmizi menyatakan "Dua perkara apabila dimiliki oleh seseorang dia dicatat oleh Allah sebagai orang yg bersyukur dan sabar. Dalam urusan agama dia melihat kepada yang lebih tinggi lalu meniru dan mencontohinya. Dalam urusan dunia dia melihat kepada yang lebih bawah lalu bersyukur kepada Allah bahawa dia masih diberi kelebihan".Syukur boleh diertikan sebagai rasa terima kasih atas sesuatu anugerah atau kurnian dengan rasa senang dihati, ucapan puji-pujian dan melakukan yang terbaik sebagai tanda menghargai suatu anugerah atau kurnian itu. Pemberi anugerah dan kurnian itu ialah Allah, Tuhan yang maha agung dan tiada sekutu bagi-Nya. Pemilik segala yang di langit dan dibumi dan isi di antara kedua-duanya. Syukur itu bukan hanya dengan kata-kata tetapi juga dengan perbuatan. Maka para ulama memaknakan syukur itu "perbuatan yang menuju kepada pengagungan yang memberi nikmat iaitu Allah".Bersyukurlah hari ini:1. Sebelum kita berkata yang tidak baik, fikirkan tentang seseorang yang tidak boleh berkata-kata sama sekali.2.Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan, fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.3. Sebelum kita mengeluh tidak punya apa-apa, fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta di jalanan.4.Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk, fikirkan tentang seseorang yang berada pada tingkat yang terburuk di dalam hidupnya.5. Sebelum kita mengeluh tentang suami atau isteri, fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Allah untuk diberikan teman hidup6. Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup, fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.7. Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak, fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.8. Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor karena pembantu tidak mengerjakan tugasnya, fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.9. Sebelum kita mengeluh tentang jauh perjalanan dengan memandu kereta, fikirkan tentang seseorang yang menempuh jarak yang sama dengan berjalan.10. Dan disaat kita penat dan mengeluh tentang pekerjaan, fikirkan tentang orang yang menganggur atau orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti anda.11. Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain, ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak pernah melakukan kesilapan dan kesalahan.Doa Penghubung Dengan Allah
“Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang yang menyombongkan diri daripada menyembah-Ku akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina-dina.”(Surah Ghafir 40: 60)Tafsiran Ringkas :Doa ialah meminta daripada Allah dengan penuh rasa rendah diri agar dikurniakan sesuatu kebaikan dan dijauhi dari kejahatan, fitnah, bala dan bencana. Kita berdoa bukan untuk memberitahu Allah apa yang kita hendak kerana tanpa diberitahu pun Allah sedia mengetahui segala sesuatu. Allah Maha Mengetahui segala apa yang kita zahirkan mahupun apa yang kita sembunyikan. Jadi perlu apa lagi kita berdoa? Imam Ibn Ataillah menjawab persoalan ini dengan berkata, “…hendaknya doa permintaanmu adalah untuk menunjukkan sifat kehambaanmu dan menunaikan kewajipan terhadap kemuliaan Tuhanmu.”Berdoa sebenarnya adalah satu tugas pengabdian. Doa adalah untuk membuktikan sifat kehambaan kita di hadapan Allah s.w.t. Dengan berdoa kita mengakui kelemahan, kemiskinan, kehinaan, kejahilan dan lain-lain sifat kehambaan kita di sisi-Nya. Sebagai hamba kita memerlukan Allah lebih daripada segala-galanya dalam hidup ini. Dan sebagai hamba kita wajib memuliakan Allah setiap masa. Inilah hakikat doa.Oleh sebab itu, sesiapa yang tidak berdoa, boleh dikira sombong terhadap Allah. Dia secara langsung seperti tidak mengakui sifat-sifat kehambaannya yang rendah, miskin, jahil dan hina itu. Dia seolah-olah berasa pandai, kaya, gagah dan mulia dan tidak memerlukan Allah lagi dalam kehidupan ini. Pada hal sebagai hamba Allah dia sebenarnya sangat rapuh untuk menjalani kehidupan di dunia yang penuh cabaran ini. Selagi kita sedar kedudukan kita sebagai hamba, maka selagi itulah kita akan terus berdoa kepada-Nya. Inilah prinsip yang dipegang dan diamalkan oleh orang yang hampir dengan Allah. Para Rasul, nabi dan umumnya salafussoleh pada zaman dahulu ialah orang yang membudayakan doa dalam kehidupan harian, mingguan dan tahunan pada setiap fasa kehidupan mereka. Mereka sentiasa sedar bahawa mereka ialah hamba Allah dan sebagai hamba, mereka mesti selalu berhubung dengan-Nya. Dan doa adalah “medium” perhubungan itu.Doa adalah cara hidup yang menjadi tradisi orang soleh. Bermula daripada bangun tidur, membersihkan diri, masuk tandas, keluar tandas, memakai baju, melihat cermin, makan, minum, memakai kasut, menaiki kenderaan, melihat pemandangan, bersin, menguap hinggalah tidur semula…semuanya ada doanya yang khusus. Malah, untuk melakukan hubungan suami isteri pun, mesti dimulakan dengan doa.Itulah uniknya Islam berbanding dengan agama-agama yang lain. Ajaran Islam begitu kaya dengan doa. Bukan sahaja untuk melaksanakan perkara yang besar, tetapi untuk melaksanakan perkara yang dipandang remeh sekali pun, Islam mengajar kita untuk berdoa.Allah mendidik manusia agar selalu dan sentiasa berdoa kepada-Nya. Bukan itu sahaja, malah Allah mengajar manusia tentang doa yang bagaimana seharusnya diajukan kepada-Nya. Ayat-ayat al-Quran yang berupa doa ialah bukti betapa Allah begitu menitikberatkan agar manusia berdoa kepada-Nya. Tidak syak lagi, berdoa adalah satu ciri orang yang “melalui jalan yang lurus dan diberi nikmat oleh Allah” seperti yang ditegaskan dalam surah al-Fatihah.Mengapa begitu sekali kepentingan doa kepada manusia? Ini disebabkan beberapa faktor. Antaranya termasuk:1. Mengekalkan Hubungan dengan Allah Setiap Masa2. Keupayaan Melakukan Perubahan ke Arah Kebaikan Secara Berterusan3. Didampingi oleh Malaikat dan Menghalau Syaitan4. Membentangkan Masalah dengan Jelas dan Tuntas5. Melahirkan Rasa Berkongsi Menghadapi Sebarang Kebuntuan6. Mengaktifkan Diri untuk Berusaha7. Menghindar daripada Penyakit hati, fizikal dan mental.Ingatlah bahawa perbezaan antara orang yang berdoa dengan orang yang tidak berdoa umpama orang hidup dengan orang yang mati. Dengan berdoa kita mengaktifkan tenaga dalaman kita yang mampu menghadapi apa jua masalah dan cabaran hidup. Jangan cuba hidup bersendirian kerana hidup ini perlukan teman. Dan sebaik-baik “teman” ialah “Teman daerah tinggi” (al-rafiq al-a‘la) yang disebut berulang kali oleh Rasulullah s.a.w. menjelang wafatnya.Jadi, berdoalah… nescaya kita tidak akan bersendirian dalam menghadapi apa jua masalah dan kebuntuan. Ada “Teman daerah tinggi” yang setia dan sentiasa mendengarnya!Renungkan ungkapan berikut: “Doa diperkenankan bukan semasa kita meminta tetapi semasa kita berusaha!”
Jangan Hampiri Zina
"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang buruk (yang membawa kerosakan)" (Al-Isra, :32)Tafsiran Ringkas : Zina ialah persetubuhan yang dilakukan oleh seorang lelaki dengan seorang perempuan tanpa nikah yang sah mengikut hukum syarak (bukan pasangan suami isteri) dan kedua-duanya orang yang mukallaf, dan persetubuhan itu tidak termasuk dalam takrif (persetubuhan yang meragukan). Ayat di atas melarang kita untuk mendekati zina. Ia bermaksud segala hal yang merupakan jalan menuju perzinaan wajib kita jauhi apa lagi zina itu sendiri tentunya lebih wajib kita jauhi. Perlu juga kita sedari bahawa segala keterbukaan dan kebebasan dalam pergaulan antara lelaki dan wanita ini pasti menimbulkan akibat yg buruk pada masyarakat kita. Suatu keburukan akan lebih cepat merebak dibanding kebaikan. Maksud daripada amaran Allah Ta'ala "jangan hampiri zina" ini adalah ditujukan kepada segala perkara yang mendorong kepada perlakuan zina. Seperti berdua-duan, bercakap-cakap atau berhubungan dengan cara-cara yang boleh menaikkan nafsu kejahatan, berpegangan tangan atau apa saja perkataan, perbuatan, isyarat yang boleh mencetuskan perasaan kepada perbuatan zina adalah termasuk didalam amaran ini.Rahsia mengapa Allah s.w.t menggunakan kalimah ‘janganlah engkau mendekati zina’, bukan ‘janganlah engkau berbuat zina’, telah disampaikan Syeikh As-Sa’di dalam tafsirnya. Kata beliau: “Larangan untuk sekadar mendekati zina lebih bermakna mendalam dari melarang perbuatannya. Sebab, ia bererti meliputi larangan terhadap seluruh pendahuluan dan pencetusnya. Orang yang berada di sekitar daerah yang terlarang, dikhuatiri terjebak di dalamnya. Terutama dalam masalah ini (zina), yang didorongnya sangat besar pada sebahagian orang.”
Imam Ahmad berkata: “Aku tidak mengetahui dosa yang lebih besar daripada dosa zina setelah (dosa) membunuh nyawa manusia.”
Bagi membendung perbuatan zina, Islam amat melarang pergaulan bebas bukan mahram . Pergaulan bebas akan mendorong lelaki dan perempuan berada dalam suasana yang mencurigakan, bersembunyi dan ini dimulakan dengan khalwat. Menghias diri dengan wangian dan bersolek turut dilarang jika ia dilakukan untuk tontonan umum. Seorang wanita amat dan hanya digalakkan agar menghias diri dan bersolek semasa berada dengan suaminya, kerana bakal membangkitkan rasa ghairah dalam keadaan yang halal.Berhias dan kelihatan anggun menawan dalam kelompok bukan mahram, akan mejerumuskan wanita dalam pelbagai masalah. Keinginan lelaki kepada wanita seksi, memukau hiasan dirinya akan menjadikan gelora semangat tidak terkawal dan mendorong perbuatan rogol atau percubaan menggoda, dan akhirnya tergodam naluri seks pula, iaini zina. Islam menggalakkan perkahwinan kepada yang mampu, dan berpuasa kepada yang tidak mampu, dan melarang mengadakan halangan-halangan yang boleh menyekat perkahwinan seperti meletakkan mas kahwin yang terlalu tinggi. Islam menafikan ketakutan kepada kemiskinan dan kepapaan kerana mempunyai anak-anak yang ramai.Mengikut peruntukan hukuman syarak yang disebutkan di dalam Al-Qur’an dan Al-Hadith yang dikuatkuasakan dalam undang-undang Qanun Jinayah Syar’iyyah bahawa orang yang melakukan perzinaan itu apabila sabit kesalahan di dalam mahkamah wajib dikenakan hukuman hudud, iaitu disebat sebanyak 100 kali sebat. Sebagaimana Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala yang bermaksud :“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari kedua-duanya 100 kali sebat, dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum Agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari Akhirat, dan hendaklah disaksikan hukuman siksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman”. (Surah An- Nur ayat 2)Seseorang yang melakukan zina Muhsan (telah berkahwin), sama ada lelaki atau perempuan wajib dikenakan keatas mereka hukuman had (rejam) iaitu dibaling dengan batu yang sederhana besarnya hingga mati. Sebagaimana yang dinyatakan di dalam kitab I’anah Al- Thalibin juzuk 2 muka surat 146 yang bermaksud :
”Lelaki atau perempuan yang melakukan zina muhsan wajib dikenakan keatas mereka had (rejam), iaitu dibaling dengan batu yang sederhana besarnya sehingga mati”.
Seseorang yang melakukan zina bukan muhsan sama ada lelaki atau perempuan wajib dikenakan ke atas mereka hukuman sebat 100 kali sebat dan buang negeri selama setahun sebagaimana terdapat di dalam kitab Kifayatul Ahyar juzuk 2 muka surat 178 yang bermaksud :
”Lelaki atau perempuan yang melakukan zina bukan muhsan wajib dikenakan keatas mereka sebat 100 kali sebat dan buang negeri selama setahun”.Dua penegasan tentang zina yang dinyatakan dalam ayat yang dibincangkan ialah :1. Zina adalah perbuatan yang keji.
2. Zina membuka jalan kepada pelakuan buruk yang lain.Pelakuan Zina sememangnya suatu perbuatan yang keji yang dimurkai oleh Allah dan rasul-Nya. Masyarakat akan memandang hina akan si pelakunya. Ibu bapa akan merasa begitu hina jika anak-anak mereka mengandung tanpa nikah. Adakah kita rela ibu, adik perempuan, isteri kita berzina dengan orang lain?.
Sering terjadi pelakuan seksual terhadap anak-anak remaja dan wanita dewasa yang merupakan kesan dari nafsu birahi yg terpancing dari "mukadimmah zina" yang tidak dijauhi. Betapa banyak rumah tangga yg hancur berantakan gara-gara zina yg tidak hanya mendatangkan keburukan kepada hubungan suami isteri tetapi juga anak-anak mereka. Mangsa-mangsa zina dan perkosaan akan membawa aib seumur hidup.
Keburukannya kerana zina juga berlaku atas sifat manusia yang tidak dapat mengawal nafsu. Keserakahan nafsu inilah yang menjadikan nilai kehidupan semakin tidak selamat. Apabila dikuasa oleh nafsu, manusia sangat mudah berkonflik, berbalah, dan seterusnya berperang. Telah banyak tragedi berdarah yang berlaku kerana disebabkan oleh perbuatan zina, termasuk berbunuh-bunuhan sesama manusia.Sa’ad bin Ubadah berkata, “Seandainya aku melihat seorang laki-laki berzina dengan isteriku, maka akan aku penggal leher laki-laki itu dengan pedang”, ucapnya.Kesan perlakuan zina, terutamanya dalam kalangan anak gadis atau wanita paling berat menanggung bahana. Apabila didapati dirinya mengandung, dia hanya mempunyai dua pilihan sama ada meneruskan kandungan tersebut atau menggugurkannya dengan pelbagai cara, sama ada menemui dukun tradisional, doktor, cuba melakukan sesuatu termasuk membunuh diri. Bagi yang merasakan kandungan itu adalah darah dagingnya, turut menghadapi persoalan dan kebimbangan, setelah kelahirannya di manakah akan disorokkan bayi itu. Akibatnya bayi dibuang atau ditinggalkan dimerata-rata tempat. Di Malaysia, kisah pembuangan bayi telah berlaku sekian lama, tetapi akhir-akhir ini ia telah menjadi semacam satu kegilaan yang paling kejam.Kemudian Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: “Dan orang-orang yang tidak menyembah tuhan yang lain dari Allah dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) kecuali dengan (alasan) yang benar,dan tidak berzina, barang siapa yang melakukan demikian itu, nescaya Dia mendapat (pembalasan) dosanya, akan dilipatgandakan azab untuknya pada hari kiamat dan dia akan kekal dalam azab itu, dalam keadaan terhina, kecuali orang-orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal soleh;maka kejahatan mereka diganti Allah dengan kebajikan.Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (al-Furqan: 68-70)
Di sini jelaslah bahawa Allah s.w.t mengandingkan perbuatan zina dengan syirik dan membunuh nyawa manusia. Dan menjadikan balasannya ialah kekal dalam siksaan yang berlipat ganda, selama seorang hamba (pelaku) tidak menghapuskan faktor penyebab seksaan tersebut dengan taubat, beriman dan berbuat amal solih.
Sunnah Allah berlaku pada makhluk-Nya, di mana jika perzinaan merajalela, maka Allah murka kepada mereka. Jika kemurkaan Allah terus berlangsung, maka ia akan menurunkan hukuman-Nya ke bumi. Abdullah bin Mas’ud, berkata, “Tidaklah muncul perzinaan di sebuah negeri, kecuali Allah mengumumkan kehancurannya".Ujian Tanda Allah Sayang.
"Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan" Surah Al-Anbiyaa’: ayat 35 Tafsiran Ringkas :Ibnu Katsir dalam memberikan penerangan terhadap ayat ini menyatakan bahawa Allah menguji hambanya dengan musibah pada satu waktu, dan kemudian dengan nikmat pada waktu yang lain, untuk melihat siapa yang bersyukur dan siapa yang kufur, siapa pula yang sabar, dan siapa yang berputus harap.Ibnu Kathir ada menukilkan kata-kata Ibnu ‘Abbas dalam menafsirkan ayat ini, bahawa Allah menguji hambanya dengan kecelakaan dan kesenangan, dengan kesihatan dan kesakitan, dengan kemewahan serta kemiskinan, dengan perkara yang halal dan apa yang haram, dengan ketaatan dan kemaksiatan, serta dengan hidayah dan kesesatan.Berdasarkan tafsiran Ibnu ‘Abbas tersebut, dapat kita ketahui bahawa pada setiap orang, berbeza tahap ujian yang dikenakan ke atasnya. Ini adalah selari dengan ayat pada surah al-Baqarah apabila Allah menyatakan : "Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya" [Al-Baqarah: ayat 233].Dari ayat tersebut dapat kita ketahui bahawa ujian yang dikenakan kepada setiap hamba, adalah bersesuaian dengan apa yang mampu ditanggungnya. Dan setiap orang pula berbeza tahap tanggungannya dan penerimaan mereka terhadap ujian serta dugaan itu.Manusia yang berhenti pada satu tahap kesusahan, akan menjadi orang yang putus asa dan bernasib malang. Dia akan memandang hidup ini dengan pandangan kosong dan hampa. Namun, orang yang beriman akan menjadi semakin optimis dan terus berjuang untuk menyelesaikan semua kesulitan itu. Seorang yang beriman meyakini bahwa setiap kesulitan itu pasti mempunyai jalan keluar, dan yang pasti kesulitan itu tidak akan deberikan Allah swt, melainkan sesuai batas kemampuan manusia itu sendiri untuk memikulnya.Manusia memang harus menanggung resiko kehidupan dunia ini. Kita sewajarnya bersedia menghadapi kesulitan dan kepayahan, karena hidup memang diciptakan untuk itu. Akan tetapi, semua itu bertujuan baik, karena dengan kesulitan-kesulitan itulah, Allah swt meningkatkan derajat manusia itu sendiri.Ujian yang diberikan juga adalah untuk mengukur tahap keimanan seorang hamba. Ini telah dibuktikan secara jelas berdasarkan ayat 2-3 surah al’-Ankabut :"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu dugaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu sebelum mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang benar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya akan orang-orang yang berdusta".Jelas bahawa ujian yang diberikan adalah untuk menguji keimanan seorang manusia. Jika mempunyai darjah keimanan yang tinggi, maka kita akan menerimanya dengan keredhaan. Maka padanya rahmat Allah serta keredhaan-Nya. Namun bagi manusia yang lalai serta tidak meredhai ujian yang diberikan ke atasnya. Maka dia sekadar mendapat kemurkaan daripada Allah dan kesesatan yang nyata.Kesusahan dan kepayahan manusia selama di dunia, tidak akan pernah berhenti semenjak dalam kandungan sampai kematiannya datang. Bahkan, kematian itu sendiri adalah puncak dari kesusahan dan kepayahan hidup. Dalam kehidupan di dunia ini, setiap manusia selalu berhadapan dengan berbagai bentuk kesulitan dan kesusahan. Walaupun dapat melepaskan diri dari satu kesulitan, maka dia akan menghadapi kesulitan yang lain. Misalnya, seorang yang masih dalam bangku persekolahan merasa kesusahan dengan peperiksaan. Setelah lulus dan selesai dari bangku persekolahan, dia kembali menghadapi kesusahan untuk mendapatkan pekerjaan. Apabila memperolehi pekerjaan, muncul lagi kesusahan baru menghadapi cabaran di tempat kerja, begitulah seterusnya.Ini bererti bahawa ujian bagi manusia sebenarnya bertujuan baik bagi meningkatkan kualiti manusia itu sendiri. Bukankah dengan ujian seorang siswa akhirnya mengengam segulung ijazah?. Dan bukankah dengan ujian juga, seorang guru biasa boleh menjadi seorang pengetua cemerlang yang disegani?. Oleh karena itu, ujian atau kesulitan bukanlah sesuatau yang wajar di takuti dan di pandang buruk. Ujian tidak boleh dihindari atau ditakuti, karena ujian itu sendiri adalah kebaikan. Akan tetapi, yang salah dan buruk adalah gagal dalam menghadapi ujian dan kesulitan itu. Semakin banyak ujian dan kesulitan yang dihadapi, akan semakin tinggilah mutu seseorang kalau dia berhasil menyelesaikannya. Bukankah ikan yang enak dagingnya, adalah ikan yang sering berenang di air deras?. Dan bukankah emas yang sering dibakar akan semakin berkilat?.
Maka bersabarlah dalam menghadapi dugaan dan ujian daripada Allah dengan mencontohi sikap para anbiya, aulia dan solihin. Dan ketahuilah, bahawa untuk setiap ujian yang diberikan oleh Allah pasti akan ada perkara yang lebih baik menanti.Allah berfirman :Wahai orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan dengan sabar dan solat, sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang sabar. [ Surah Al-Baqarah: ayat 153].Kesimpulan bagi ayat yang dibincangkan iaitu ayat 35, surah Al-Anbiyaa' di atas mempunyai tiga perkara penting untuk kita menyadarinya iaitu :
- Allah menguji manusia dengan kesenangan untuk manusia bersyukur.
- Allah menguji manusia dengan kesusahan untuk manusia bersabar.
- Manusia akan dinilai oleh Allah dihari pembalasan kelak.



